Warna yang cukup ngam dengan persekitaran habitatnya iaitu sungai tanah gambut.
DALAM kunjungan berikutnya, aku kembali lagi ke daerah ini dari Mukah. Ditemani geng dari Mukah Anglers Group, kami cuba untuk memancing bujuk di Kampung Bawang.
Spot sasaran kami adalah Sungai Bawang yang merentangi kampung ini, dimana kami mencuba melontar gewang di depan, belakang, bawah rumah penduduk.
Sungai kecil yang airnya hitam legam serupa air coke (tanah gambut) ni memang rumah bujuk. Baling je apa jenis jump frog @ soft plastic (SP) mesti balas dengan deburan air, tanda bujuk rakus menyambar umpan.
Tapi paling aku syok guna SP Z-man dan juga beberapa SP jenama lain. Memang baling makan, baling makan je.
Macam yang aku cakap kat entry Bujuk Sarawak 1, orang kampung sini tak makan ikan ni,,, sebab tulah ikan ini membiak dengan cukup baik walaupun di depan rumah.
|
No comments:
Post a Comment