Sunday, 1 September 2019

Bujuk Sarawak 1

Welcome to bujuk house!

Mancing bujuk tepi jalan, mana nak cari tempat senang camni beb!

Bujuk bersaiz mantap! (Foto: Lai Malie)

Bujuk saiz botol mineral 1500ml.


IKAN berkepala ular ini jika di semenanjung memang idaman sangatlah golongan snakehead hunter.

Sebab spesies ni bukan mudah dijumpai berbanding saudaranya, haruan.

Keunikkannya dari segi rupa, cara sambarannya menyebabkan jika si pemburu haruan berjaya memancingnya mmg akan jadi modal besar untuk disembang, lebih-lebih lagi bersaiz botol mineral yang aku rasa dah payah nak jumpa.

Pengalaman aku memancing ikan ni kat Matu-Daro, Sarawak syok habis.

Tak pernah lagi aku jumpa port bujuk yang mewah. Sebab apa aku cakap ni pertamanya, boleh terus casting di tepi parit jalan raya.

Lepas tu ikan bujuk ni juga ada kat tepi, depan belakang dan juga bawah rumah orang.

Dan yang syoknya, bujuk ni, orang kampung sana tak makan beb, tak pandang pun… geng caster plak semuanya akan C&R, sebab apa, depa pun tak makan ikan ni.

Sebab tu berlambak ikan ni. So korang kalau nak syok mancing bujuk jom ke Sarawak. 






No comments:

Post a Comment