Sunday, 1 September 2019

Tasik buatan terbesar di Semenanjung


Tasik Kenyir mula dibina pada tahun 1978 dan siap pada 1987. 


Terdapat ratusan pulau terbentuk selepas terbinanya Tasik Kenyir. 

TERLETAK di negeri Terengganu Darul Iman, Tasik Kenyir pernah dianggap tasik buatan manusia terbesar di Malaysia dan juga Asia Tenggara, sebelum Empangan/Tasik Bakun mengambil alih title berkenaan.

Pembinaannya dimulakan pada tahun 1978 dan disiapkan pada tahun 1987. Ia dirasmikan oleh Sultan Terengganu, Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Empangan ini menampung kira-kira 23,6 juta meter padu air dan meliputi keluasan kawasan 38,000 hektar. Operasi empangan ini dikendalikan oleh Tenaga Nasional Berhad.

Tasik Kenyir secara amnya merangkumi 30 batang sungai utama, ratusan anak sungai, 25 air terjun dan sekurang-kurangnya 25 spesies ikan yang diketahui menetap di tasik ini.

Oleh itu, Tasik Kenyir sememangnya dikenali sebagai syurga memancing pelbagai spesies air tawar. 

Atas sebab itu, Tasik Kenyir memang wajib dikunjungi oleh kaki pancing, sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup. 


No comments:

Post a Comment