Dr Komer Koshihara memberi makan Hanako. |
Hanako, ikan koi betina. |
226 tahun, itulah usia dan jangka hayat kehidupan bagi Hanako, yang juga spesies ikan koi hidup paling lama pernah direkodkan. Hanako yang bermaksud 'flower girl' merupakan seekor ikan koi betina yang cantik dengan sisik berwarna scarlet (merah dengan kilauan oren) dari Jepun.
Hanako mati pada 7 Julai 1977 setelah hidup dalam usia yang begitu panjang iaitu selama 226 tahun. Ikan koi ini dilahirkan pada tahun pertama Horeki, di tengah era shogun iaitu Tokugawa Era.
Pada 25 May 1976, Dr Komer Koshihara yang merupakan pemilik si Hanako telah membuat hebahan media ke seluruh tanah Jepun menerusi stesen radio Nippon Hoso Kyokai berkenaan usia ikan koi yang cantik ini. Ketika itu, usia Hanako ialah 225 tahun dengan berat 7.5 kg dan panjangnya 70 cm.
Dia juga menjelaskan Hanako merupakan ikan yang diwariskan dalam keluarganya sejak turun temurun. Usia Hanako disahkan oleh Profesor Masayoshi Hiro setelah membuat analisis garisan sisik Hanako di dalam makmal selama dua bulan.
Biarpun ikan koi dikenali dengan usia yang panjang, namun untuk mencapai usia melebihi dua abad ialah sesuatu yang menakjubkan. Tak hairanlah spesies ini cukup dihormati oleh masyarakat Jepun.
Apa yang menakjubkan selain cerita di atas ialah, usia Hanako lebih tua berbanding usia Amerika Syarikat, lahir lima tahun sebelum genius muzik klasik iaitu Mozart lahir, hidup dalam zaman Napoleon, Elvis Presley dan The Beatles!
Sumber: Fish Laboratory
No comments:
Post a Comment