Showing posts with label Spesies. Show all posts
Showing posts with label Spesies. Show all posts

Sunday, 1 September 2019

Bujuk Sarawak video







MEMBUJUK di Kampung Bawang, Matu-Daro, Sarawak. Port casting di depan, belakang dan bawah rumah. Meriah!

Bujuk Sarawak 2

Casting di depan rumah orang. 

Casting di depan rumah orang. 

Kampung Bawang yang indah.

Aku da sampai sini. So bolehlah membawang ha, ha.  

Lontar umpan di celah-celah tiang pelantar, pasti ada bujuk yang menyambarnya.  

Bujuk diperolehi berdekatan jambatan. 
Warna yang cukup ngam dengan persekitaran habitatnya iaitu sungai tanah gambut.


DALAM kunjungan berikutnya, aku kembali lagi ke daerah ini dari Mukah. Ditemani geng dari Mukah Anglers Group, kami cuba untuk memancing bujuk di Kampung Bawang. 

Spot sasaran kami adalah Sungai Bawang yang merentangi kampung ini, dimana kami mencuba melontar gewang di depan, belakang, bawah rumah penduduk. 

Sungai kecil yang airnya hitam legam serupa air coke (tanah gambut) ni memang rumah bujuk. Baling je apa jenis jump frog @ soft plastic (SP) mesti balas dengan deburan air, tanda bujuk rakus menyambar umpan.  

Tapi paling aku syok guna SP Z-man dan juga beberapa SP jenama lain. Memang baling makan, baling makan je.  

Macam yang aku cakap kat entry Bujuk Sarawak 1, orang kampung sini tak makan ikan ni,,, sebab tulah ikan ini membiak dengan cukup baik walaupun di depan rumah.


Bujuk Sarawak 1

Welcome to bujuk house!

Mancing bujuk tepi jalan, mana nak cari tempat senang camni beb!

Bujuk bersaiz mantap! (Foto: Lai Malie)

Bujuk saiz botol mineral 1500ml.


IKAN berkepala ular ini jika di semenanjung memang idaman sangatlah golongan snakehead hunter.

Sebab spesies ni bukan mudah dijumpai berbanding saudaranya, haruan.

Keunikkannya dari segi rupa, cara sambarannya menyebabkan jika si pemburu haruan berjaya memancingnya mmg akan jadi modal besar untuk disembang, lebih-lebih lagi bersaiz botol mineral yang aku rasa dah payah nak jumpa.

Pengalaman aku memancing ikan ni kat Matu-Daro, Sarawak syok habis.

Tak pernah lagi aku jumpa port bujuk yang mewah. Sebab apa aku cakap ni pertamanya, boleh terus casting di tepi parit jalan raya.

Lepas tu ikan bujuk ni juga ada kat tepi, depan belakang dan juga bawah rumah orang.

Dan yang syoknya, bujuk ni, orang kampung sana tak makan beb, tak pandang pun… geng caster plak semuanya akan C&R, sebab apa, depa pun tak makan ikan ni.

Sebab tu berlambak ikan ni. So korang kalau nak syok mancing bujuk jom ke Sarawak.